CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 22, 2010

FISHBALL PERUT BABI (BUKAN GIMIK!!!)


Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar

Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah
bertukar
menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di

Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Mmmmmmmmmmmm

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan,
wajar
siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda
haram.
Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut
sejak
lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi

ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan. Malah, kumpulan wartawan
yang
menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa
Jabatan
Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat

sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan
berulang
kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam

periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat

seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan

JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar

makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status

kebersihannya. "Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut
dan
daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti

penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah
untuk
kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang

disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka

mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,"

Mmmmmmmmmmmm

Produk dari kilang
berkenaan
dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga

meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu

pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas

kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak
banyak
perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan
di
kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan

sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan,
pengusaha
kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983
kerana
memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak
melebihi
RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah

tutup selama 14 hari.

berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus
bebola
ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas

AWAS : JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI / TAHU
SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.

NASIHAT BUAT GENG SEMUA..

MAKANLAH PRODUK HALAL HPA FISHBALL NUGGET DLL...
INSHA-ALLAH SUMA KEPERLUAN KITA ADA...
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA...

0 comments: