CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 24, 2010

Syeikh Ahmad Yasin: Legenda Ciptakan Kelemahan Jadi Kekuatan Hamas



Pembunuhan terhadap Syeikh Ahmad Yasin lima tahun lalu bukan peristiwa sepintas lalu. Peristiwa itu menjadi pusat renungan bagi seluruh pejuang kebebasan di dunia dan mengingatkan bangsa Arab dan umat Islam akan bahaya hakiki Israel di Palestin.

Gugurnya Syeikh Ahmad Yasin meningkatkan dukungan besar kepada gerakan Hamas bukan hanya di Palestin. Bahkan dukungan bangsa Arab dan Islam semuanya. Sejak saat itu semua orang bertanya tentang Hamas, gerakan yang menggoncang bangunan Israel, gerakan ini mula menyebar secara drastik hingga majoriti Palestin bergabung dengannya. Jika tidak bergabung, maka mereka mendukungnya atau simpati kepada gerakan perjuangan dan ketegaran memperjuangkan prinsip-prinsip dasar Palestin dan menolak rundingan damai dengan Israel.

Gugurnya Syeikh Yasin juga mengundang reaksi yang kebanyakan justeru mengatakan bahawa darah beliau akan menjadi “bahan bakar baru” bagi perjuangan.

Yasin … Kelahiran dan pertumbuhan

Syeikh Ahmed Yassin lahir pada tahun 1936 di desa El-Gorah yang dibangunkan di atas runtuhan kota Ashkelon yang bersejarah yang berada di Majdal Tengah ke arah utara dari Semenanjung Gaza kira-kira dua puluh kilometer. Di peringkat sekolah rendah, beliau belajar di sekolah El Gorah dan terus belajar sampai tahun kelima. ” (88).

Sejak “nakbah” (malapetaka dahsyat) menimpa rakyat Palestin pada tahun 1948 (dengan pengisytiharan berdirinya negara Israel) Ahmed Yasin terpaksa berhijrah bersama keluarganya ke Semenanjung Gaza dan menetap di kem pelarian Shati’ di pantai Semenanjung Gaza. Selama tinggal di permukiman, beliau terputus daripada pengajiannya sehingga tahun 1950 kerana beliau sibuk memberikan sumbangan membantu keberlangsungan hidup keluarganya yang terdiri daripada tujuh orang dengan bekerja di sebuah restoran di Gaza City (89).

Kemudian Syeikh melanjutkan pengajiannya di sekolah kem pelarian dan menyelesaikan pengajiannya di peringkat rendah pada tahun 1955, kemudian melanjutkan Sekolah Menengah Palestin yang merupakan sekolah paling padat di Semenanjung Gaza. Suasana politik di Semenanjung Gaza secara umum sedang bergejolak, terutama di sekolah tempatnya belajar. Pada masa itu kami bersama-sama di sekolah itu. Beliau di kelas satu dan saya (penulis) di tahap terakhir. Pada masa itu sekolah itu dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umum – yang disebut taujihy.

Dunia Arab sedang bergejolak dengan aliran-aliran pemikiran, baik yang berhaluan nasionalis, kiri, dan Islam. Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan gerakan paling aktif di Semenanjung Gaza. Ia banyak didukung oleh pelajar, bahkan mereka yang berprestasi di kelas dan dipilih menjadi ketua-ketua aktiviti adalah mereka yang bergabung dengan gerakan Islam. (90)

Di gerakan Ikhwanul Muslimin, Ahmad Yasin menemui apa yang beliau cari. Dakwahnya sesuai dengan keinginannya, baik dari segi pemikiran agamanya (ideology), atau dalam hal pandangan politik, dan metodologi pendidikan untuk menyiapkan generasi pembebas Palestin, menyelamatkan Al-Aqsha yang penuh berkah dari tangan para penjajah. Sang murid Ahmad Yasin melihat itu semua dan memberikan baiatnya kepada gerakan Islam ini tahun 1955. (99)

Beliau mengajar bahasa Arab dan tarbiyah islamiah. Beliau juga seorang penceramah di masjid-masjid Gaza, bahkan paling popular di sana kerana hujjah. Beliau juga dipilih menjadi Majmah Islami di Gaza.
Ditangkap oleh Zionis Israel tahun 1984 kerana latarbelakang mereka menemui rumahnya sebagai gudang senjata yang dibeli oleh Syeikh daripada seorang agen Israel.

Beliau pernah dihukum penjara 13 tahun, kemudian keluar dalam proses pertukaran tawanan tahun 1985. 17 November 1987 gerakan Islam di bawah kepemimpinannya mengeluarkan keputusan untuk “memulakan aksi militer melawan penjajah Israel. 8 Disember 1987 meletus aksi Intifadha dengan arahan Syeikh, dan seminggu selepas itu dideklarasikan Gerakan Perjuangan Islam “Hamas”, dan kenyataan rasmi pertamanya dikeluarkan 14 Disember 1987 M. Sementara kenyataan rasmi pertama gerakan Fatah dan Front Rakyat dan organisasi lain pada 8 Januari 1988 atau satu bulan selepas bermulanya intifadha.

Intensiti aksi serangan dan mogok besar-besaran yang dilakukan dan ditaja Hamas terhadap Zionis Israel semakin keras. Mereka kemudian menangkap Syeikh dan sebahagian besar pimpinan Hamas dan Ikhwanul Muslimin malam 18 Mei 1989 M. Mendekam di penjara sehingga 25 September 1997 M dalam sebuah perbincangan pertukaran tawanan oleh Raja Husein dengan Israel setelah cubaan bunuh terhadap saudara Khalid Misy’al Ketua Biro Politik Hamas.

Syahid mengenang syahid

Dr. Asy-Syahid Abdul Aziz ar-Rantisi berkata, Syeikh Ahmad Yasin adalah simbol Islam yang besar ketika hidup. Dengan syahidnya Syeikh, beliau menjadi guru unik dan paling menonjol dalam sejarah umat yang besar. Tidak ada sejarah seperti yang diukur Syeikh Yasin, di mana pemimpin yang lemah (kerana cacat fizikal) mampu mengubah menjadi kekuatan. Beliau adalah pemimpin yang tidak pernah percaya dengan kelemahan mutlak seharipun bagi manusia atau dengan kekuatan mutlak selama beliau masih bernama makhluk”.

Rantisi yang gugur syahid sebulan selepasnya menegaskan bahawa Syeikh Yasin lah yang mendorong rakyat Palestin yang tidak berdaya untuk melawan Israel dengan batu dan pisau, kemudian dengan bom, kemudian dengan roket-roket Al-Qassam. Syeikh Yasin telah menciptakan dari kelemahan rakyat menjadi kekuatan yang kini tidak mungkin diremehkan Israel dan Amerika. Akibatnya, poros teroris ini mula berasa risau dengan kekuatan yang pernah dibuat oleh Syeikh Yasin.

Asy-syahid Rantisi menegaskan bahawa Israel salah ketika membunuh Syeikh Ahmad Yasin sebab Israel tidak pernah belajar dari masa lalu. Mereka membunuh para nabi namun mereka gagal memadamkan cahaya yang mereka bawa. Israel tidak akan dapat mematikan cahaya dari jasad Syeikh Ahmad Yasin. Bahkan peristiwa pembunuhan ini akan memindahkan konflik kepada fasa yang lebih maju.

Darah Syeikh Yasin; pesan untuk bersatu

Sementara Khalid Misy’al, ketua biro politik Hamas menegaskan bahawa darah Syeikh Ahmad Yasin memberikan pesan untuk bersatu dan merapatkan barisan. Beliau menyatakan, para pejuang Palestin sudah memberikan ruh mereka untuk Allah, kemudian untuk membebaskan Palestin. Gugurnya Syeikh Ahmad Yasin akan semakin menjadikan gerakan perjuangan semakin kuat.

Beliau menegaskan bahawa Israel harus tahu bahawa usaha mereka untuk mematahkan semangat rakyat Palestin akan gagal. Tindakan Israel membunuh Syeikh menegaskan bahawa mereka hanya berfikir bagaimana melakukan kejahatan. Oleh itu, Khalid Misy’al menyeru agar rakyat Palestin bersatu di belakang perjuangan Palestin.

Hamas terus melawan

Sementara itu, Mahmod Zehar menegaskan bahawa kezaliman pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin sebelum ini sudah dijangka. Namun itu tidak akan menyimpangkan Hamas dan pimpinannya daripada program perjuangan terhadap Israel. Beliau menegaskan bahawa Israel menegaskan Syeikh Yasin layak mati kerana keberadaannya mengancam eksistensi mereka di kawasan. “Namun kami mengatakan bahawa Syeikh syahid di sisi Allah, beliau hidup dan mendapat rezeki, yang mati adalah Israel dan para pemimpinnya yang melakukan kezaliman dan pembantaian terhadap rakyat Palestin,” tegas Zehar.

Darah Yasin tidak akan melemahkan perjuangan

Sementara itu, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menegaskan bahawa darah Yasin tidak akan tumpah percuma. Bahkan ia akan menjadi api dan laknat bagi Israel. Kesyahidan Syeikh Yasin tidak akan melemahkan perjuangan seperti yang dibayangkan Israel.

Beliau menegaskan bahawa pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin adalah kezaliman penjajah Israel dan Amerika turut bertanggungjawab atas kezaliman itu kerana Israel melakukan kezaliman dengan senjata Amerika, dana, dan dukungan mereka.

Justeru, menurut Qardhawi, Arab harus sedar dari ‘teler’ mereka dan keluar dari gua tempat tidur panjang mereka untuk menunaikan amanah terhadap saudara-saudara mereka.

0 comments: